Thursday, September 29, 2005

Ramadhan Al-Mubarak Muncul Lagi...

Ramadhan Al-Mubarak Datang Lagi...

bahang ramadhan kian terasa

saat syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim

dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khaliq


ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...

Tuesday, September 20, 2005

Mawi, Tuan Guru dan Pengkritik Awam.

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Nampaknya kisah tentang Mawi masih belum habis2 lagi. Masih boleh terdengar atau terbaca di sana sini tetang ada2 saja komen orang ramai berkenaan bintang baru ini. Bagi yang membenci, akan mengutuk dengan berbagai kritikan yang kadangkala tak masuk akal. Manakala yang menyokong pula akan berdiri dengan hujjah mereka tersendiri yang juga kadangkala tak dapat
diterima akal.

Beberapa hari yang lepas, saya ada reply sebuah posting berkenaan temubual oleh sebuah tabloid dengan Mawi berjudul 'Saya Tidak Mahu Ibu Menangis Lagi'. Saya harap ramai yang telah membacanya. Bukan niat saya untuk membela Mawi tidak tentu fasal tetapi apabila melihat orang yang mengutuk berlebihan dan ditambah pula dengan meletakkan hukum hakam sesuka hati, rasanya saya juga ingin bersuara.

Sekiranya isu ini tidak berkaitan dengan keputusan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjemput Mawi ke Kelantan, mungkin saya tidak berminat langsung untuk menyentuh apa2 tentang bekas juara AF3 ini. Tetapi nampaknya terlalu ramai 'Pengkritik Awam' di luar sana yang nampaknya bukan sahaja lebih bijak, malah lebih arif tetang hukum ahkam daripada Menteri Besar Kelantan tersebut.

Saya sedikitpun tidak faham mengapa bencinya orang ramai terhadap Mawi sehinggakan terbit beberapa istilah yang tidak menyenangkan. Betul, Akademi Fantasia adalah acara maksiat. Malah saya sendiri menentang Akademi Fantasia. Tapi kini Akademi Fantasia telah berakhir. Mawi sendiri telah menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku dalam AF seperti
terpaksa berpegangan termasuk mendukung palajar perempuannya.

Bukankah permulaan taubat itu adalah penyesalan? Mawi telah menyesal menyertai Akademi Fantasia. Katanya dia tidak tahu menahu tentang program itu. Dia menyertainya atas dorongan kawan2. Bolehlah kita katakan yang dia terpedaya. Maka apakah tindakan kita terhadap orang yang terpedaya? Adakah dengan mentertawakan mereka sudah cukup membantu? Adakah anda rasa menghina manusia yang terpedaya ini cukup Islamik?

Cuba tanya diri anda, apakah sebenarnya yang anda tentang. Mawi atau Akademi Fantasia itu sendiri? Jika anda menentang Mawi, saya rasakan ia bukan satu langkah yang boleh dianggap bijak dan cukup Islamik. Mawi umpama satu simptom daripada penyakit barah yang menyerang seorang manusia. Adakah dengan menghapuskan simptom ini, anda pasti barah yang membunuh itu akan dihapuskan?

Bukankah lebih baik kita hapuskan barah tersebut? Maksud saya, AF3 telah tamat dan akan datang menyusul ialah AF4. Maka bukankah lebih baik untuk kita berusaha sekerasnya hari ini supaya pihak berwajib menghapuskan terus AF4 sebelum ia benar2 menjadi kenyataan. Hari ini, AF3 menghasilkan Mawi. Pemuda yang masih mempunyai ciri keIslaman walaupun hampir tersasar. Anda tahu siapa yang akan AF4 hasilkan tahun depan?

Bagaimana jika juara AF4 tahun depan ialah seorang perempuan yang suka bertelanjang? Bagaimana jika juara AF4 tahun depan adalah seorang lelaki yang kaki arak? Kesimpulannya, setakat menghancurkan reputasi Mawi, tidak ada perubahan dalam dunia hiburan kita. Kerana juara demi juara akan terus muncul dan rakyat akan terus dilalaikan. Bagi saya, mujurlah juara tahun ini seseorang seperti Mawi.

Suka saya ulangi di sini. Mawi itu ibarat telur dan AF pula bagaikan dubur ayam. Sememangnya dubur ayam itu kotor dan jijik. Tetapi mengapa telurnya masih kita makan? Tidak gelikah? Tidak terasa mualkah? Sedangkan telur tersebut keluar kadang2 bersalut tahi? Kita makan kerana kita tahu isi telur tidak terjejas walaupun telah terendam dengan najis untuk beberapa
lama. Boleh faham mesej saya di sini?

Anda pernah lihat perempuan memakai skirt memasuki masjid? Apa anda lakukan? Saya pernah dan apa yang saya lakukan, saya hanya menulis sebuah artikel dan poskan grup2 di internet. Tetapi Mawi yang anda katakan tidak Islamik ini pernah memarahi perempuan seperti itu dan mengatakannya biadap walaupun dia tahu dia mungkin kehilangan peminat. Terus-terang, saya yang tiada peminat tidak sekuat itu.

Bayangkan anda didatangi tetamu penting (VIP) dan ketika sibuk melayannya, tiba waktu solat. Biasanya orang akan melayan tetamu tersebut terlebih dahulu dan mengkemudiankan solat dengan alasan terpaksa dan itu memang tugas anda. Tetapi si Mawi yang anda katakan tidak Islamik ini pernah meninggalkan wartawan dan peminat ketika tiba waktu Maghrib semata2 kerana hendak berjamaah menghadap Allah. Siapa yang tidak Islamik sebenarnya?

Saban waktu disebut Mawi mendendangkan lagu Gadis Melayu walaupun itu dendangan yang diakuinya terpaksa. Mengapa tidak disebut yang Mawi pernah menyanyikan 'Intifadha' dan 'Pergi Tak Kembali'? Saban waktu disebut Mawi mendukung pelajar perempuan dalam AF tetapi mengapa tidak diungkit Mawi memakai sarung getah ketika bersalam dengan peminat selepas keluar dari AF?

Sebab itu saya menyokong penuh keputusan Menteri Besar Kelantan untuk mengundang Mawi. Mungkin beliau mampu mengubah Mawi kepada keadaan yang lebih baik. Dan kemudian mungkin kita boleh menggunakan Mawi untuk menarik lebih ramai anak muda yang akan, sedang dan telah musnah ke arah yang lebih sempurna. Fikirlah. Jika ulama boleh terima, mengapa anda mahu bertindak lebih bijak dari ulama?

Kemudian dengan berani mengharamkan sumber pendapatan. Anda katakan hiburan itu haram. Atas dasar apa? Pernah terjadi, ketika Saidatina Aishah r.anha hendak menghantar seorang pengantin perempuan Ansar ke rumah pengantin lelaki, Nabi saw bertanya tidak adakah hiburan untuk mereka sedang orang Ansar sukakan hiburan Jadi atas dasar apa anda mengharamkan rezeki dari punca hiburan?

Dan lagi, mengapa hanya Mawi yang menjadi sasaran anda? Nabi saw mengutuk orang yang membodohkan diri sendiri untuk membuat orang lain ketawa. Jika begitu, kehalalan rezeki seorang pelawak boleh dipertikaikan. Jadi mengapa tidak ada orang yang memperkatakan kerjaya pelawak oleh Apek, Senario dan yang lain2? Sedangkan, berbanding Mawi, apa yang pelawak2 ini lakukan dengan jelas dilarang oleh Nabi saw?

Sekiranya rezeki itu haram, apakah anda fikir ulama seperti TG Nik Abdul Aziz mahu bersekongkol? Mengapa tidak menilai rezeki anda dahulu samada halal atau haram. Nabi saw mengatakan kecelakaan bagi lelaki yang membiarkan haruman tubuh isterinya dihidu oleh lelaki bukan mahram. Tetapi anda tetap memakai wangian kerana untuk menjaga imej terutama jika anda bekerja dalam bidang services.

Bukankah itu matlamat menghalalkan cara? Di mana keIslamikan yang anda laung2kan? Mengapa hanya melihat lumpur di badan orang sedangkan tubuh sendiri terpalit najis dibiarkan? Pernah terjadi, di suatu ketika dahulu terdapat 2 orang bani Israel yang jelas bertentangan sifatnya. Seorang adalah 'abid (ahli ibadah) manakala seorang lagi adalah pendosa. Setiap hari si 'abid menasihatkan si pendosa agar bertaubat.

Kata si pendosa, "aku serahkan urusanku kepada Allah". Sehinggalah si 'abid tidak lagi mampu menahan marah seraya menyumpah "Demi Allah tidak ada keampunan buatmu!". Takdir Allah, mereka dipertemukan di alam kubur. Si pendosa diampunkan kerana mengharap keRahiman Allah manakala si 'abid disiksa kerana sumpahnya itu. Kerana dia mendahului Allah dalam soal
pengampunan.

Adakah kita tergolong dalam golongan si 'abid tersbut? Wana'uzubillah. Semoga Allah melindungi kita. Saya sedih juga bila orang yang mengutuk Mawi adalah orang yang menasihatkan saya supaya tidak mengutuk orang kafir kerana dia (si kafir) mungkin mati dalam iman sedang kita tidak tahu pengakhirannya. Tetapi, bila tiba cerita Mawi, seorang muslim, dia turut
mengutuk seolah pasti Mawi lebih berdosa darinya.

Saya bukan peminat fanatik Mawi. Samada Mawi popular atau tidak, dibenci atau tidak, tidak ada bezanya pada saya. Tidak ada faedah tambahan untuk saya. Kesemua kisah tentang Mawi tadi saya ambil dari berita di akhbar, teman2 mahupun yang disiarkan dalam groups internet. Penulisan ini hanyalah ingin mengajak saudara2 sekalian supaya berhenti dari kerja yang tidak
berfaedah kepada diri, bangsa dan agama ini.

Hormatilah pandangan ulama yang jelas lebih arif dari kita. Sekian hari kita mengutuk Mawi, semakin banyak pahala kita yang 'lari' kepadanya. Bukankah lebih baik kita semua bersatu. Peminat, pembenci dan Mawi sendiri bersatu dan berusaha untuk membentuk satu masyarakat yang lebih baik dan lebih Islamik. Bukankah lebih baik kalau kita berusaha menghapuskan virus
daripada terus2an menggaru kudis kita?

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah-

Petikan email oleh:
ruzaihan.junit@exxonmobil.com

Sunday, September 18, 2005

Utamakan Pendidikan - Daim

BANGI 17 Sept. - Perubahan orang Melayu perlu bersandarkan pada pendidikan dan bukan bertunjangkan pengumpulan kekayaan semata-mata, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini.

Beliau berkata masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan yang amat penting bagi kestabilan politik dan ekonomi negara.

"Fasa semula jadi kedua bagi perubahan sosial dan ekonomi orang Melayu adalah hanya melalui pendidikan, bukannya penyertaan ekuiti. Anda perlu beri tumpuan pada pendidikan dan mereka akan mempunyai asas yang mencukupi untuk menyertai pasaran modal,'' katanya dalam ucapan beliau mengenai "Isu Mendepani Orang Melayu''.

Teks ucapan Daim diedarkan selepas beliau dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Ekonomi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada majlis konvokesyen ke-33 yang berlangsung di universiti itu di sini.

"DEB (Dasar Ekonomi Baru) selama ini lebih bertumpu pada penyertaan ekuiti orang Melayu. Laluan orang Melayu miskin untuk berjaya bukannya dengan cara memiliki saham di KLSE (Bursa Saham Kuala Lumpur, kini Bursa Malaysia).

"(Tetapi) adalah menerusi pendidikan. Ketaksuban dengan angka ekuiti telah memadamkan cerita sebenar kejayaan DEB. Sejumlah besar orang Melayu yang berpendidikan telah dihasilkan sejak 70-an, mereka telah menyumbang kepada peluasan kelas pertengahan,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya isu pendidikan tidak harus terbatas kepada pendidikan tinggi kerana semua pendidikan peringkat lain juga sama pentingnya bagi kemajuan masyarakat itu.

"Juruteknik peringkat pertengahan dan penyedia perkhidmatan juga sama penting. Seorang pemasang batu-bata yang berkelayakan adalah penting kepada pemaju sama seperti seorang jurutera. Adakah orang Melayu telah melahirkan tukang paip, juruelektrik, jurukimpal dan tukang kunci yang mencukupi? Apakah jenis institusi pendidikan yang kita perlukan untuk melahirkan bakat sedemikian?'' katanya.

Daim juga berkata adalah penting untuk mewujudkan masyarakat yang tahu berfikir tetapi masih wujud lompang dalam perkara itu kerana kerjaya berkenaan tidak dibayar tinggi.

"Bagaimana orang Melayu boleh berfikir sedangkan mereka tidak membaca jurnal mengenai fakta, apabila majalah yang dijual dipenuhi dengan cerita mengenai hantu, pontianak dan orang bunian? Apabila masa lapang mereka dihabiskan dengan menonton Akademi Fantasia?'' soalnya.

Menyentuh DEB dengan lebih lanjut, Daim berkata walaupun dasar itu yang diperkenalkan pada 70-an menangani isu kemiskinan yang melanda orang Melayu, pembasmian kemiskinan di kalangan kaum lain, yang merupakan tonggak kedua dalam DEB, telah dilupakan.

"Terdapat orang Cina, India dan pribumi yang miskin seperti mana orang Melayu. Mereka juga memerlukan bantuan seperti juga orang Melayu yang miskin. Kemiskinan yang dihadapi kaum lain sepatutnya turut menghantui hati nurani kita. Kemiskinan ialah isu nasional, bukan isu satu kaum.

"Masalah orang Melayu tidak hanya berkisar dengan orang Melayu sahaja. Begitu juga, masalah kaum India turut merupakan masalah kepada orang Melayu dan Cina. Ia merupakan masalah nasional. Kita hidup sebagai satu unit,'' kata Daim.

Mengenai rasuah, Daim berkata ia bermula dengan ketidakupayaan untuk mematuhi konsep pendapatan dengan perbelanjaan, dan berpunca daripada sikap cemburu dan angan-angan.

"Meminta suapan daripada usahawan Melayu yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk meningkatkan perniagaan mereka adalah perbuatan amat dahsyat. Ia bermula dengan perasaan dengki dan ketidakupayaan untuk menerima kejayaan orang Melayu dan orang lain.

"Sebaik sahaja anda berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperoleh, dengan atau tanpa bantuan lain seperti kad kredit, anda tidak akan berdaya maju. Rasuah akan menyebabkan seseorang tidak dapat mengawal dirinya. Mereka akan terdedah kepada eksploitasi dan manipulasi, malahan ugutan,'' kata Daim.

Petikan: Bernama

Wednesday, September 14, 2005

Sepetang Bersembang Bersama Ungku Aziz

Menukar Persepsi Orang Melayu

MUKADIMAH

KETIKA pemimpin dan pemikir Melayu umumnya menyuarakan kepentingan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti melalui Agenda Nasional Baru menjelang tahun 2020, pakar ekonomi yang cukup dihormati Prof. Diraja Ungku Aziz mempunyai pandangan yang sama sekali berbeza.

Kepada Pak Ungku, peratusan pegangan ekuiti itu bukanlah ukuran keadaan ekonomi orang Melayu yang sebenar. Apa yang lebih penting kepada beliau ialah pembasmian kemiskinan masyarakat desa yang rata-ratanya masih jauh ketinggalan.

"Kalau kita menambahkan peratusan saham orang Melayu, masalah kita tetap tidak selesai juga,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dalam satu pertemuan di rumahnya, pagi Khamis lalu.

Wawancara itu diatur khusus untuk membincangkan tujuh perkara agenda Melayu yang dibangkitkan oleh Pak Ungku dalam ucapan balasnya selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Selasa lalu.

Dalam perbincangan itu, Pak Ungku mengupas tentang betapa pentingnya usaha meningkatkan ekonomi orang Melayu dalam lonjakan akhir menjelang Wawasan 2020 ini bermula dengan pendekatan mengubah persepsi dan pandangan dunia mereka.

Beliau menyebut tentang pentingnya menanam semangat berusaha serta mengubah sikap orang Melayu kepada pendidikan, kesihatan, pemakanan dan amalan rasuah. "Kalau kita dapat menyelesaikan masalah-masalah ini, insya-Allah kita akan menyelesaikan masalah utama orang Melayu,'' katanya.

Pak Ungku tidak menyembunyikan kekagumannya kepada Pendeta Za'ba yang kepadanya banyak meninggalkan buah pemikiran yang cukup bermakna, yang boleh menjadi kompas dan peta kepada orang Melayu untuk menjayakan agenda penting itu.

Beliau hanya ketawa kecil apabila diingatkan bahawa pandangan-pandangannya itu sudah acap kali disuarakannya sebelum ini termasuk dalam satu wawancara dengan majalah Mastika keluaran September 1987, kira-kira 28 bulan sebelum DEB tamat dulu.

"Buah pemikiran saya ini macam biji tasbih yang terikat pada seutas benang. Biji tasbihnya boleh berkurang atau bertambah tetapi benangnya tetap satu,'' katanya.

MINGGUAN: Bagaimanakah hendak mengisi semangat DEB yang dicetuskan semula ini?

UNGKU AZIZ: Kita harus memikirkan kerangka pengisiannya. Semua masalah orang Melayu yang masih ada pada hari ini ada kaitannya dengan kaedah kita berfikir. Oleh kerana cara berfikir kita tidak betullah maka kita masih ada masalah-masalah yang sepatutnya sudah boleh diselesaikan 10 atau 20 tahun lalu.

Kita harus melihat konteks yang melahirkan dasar itu. DEB bukan wujud macam cendawan tumbuh di tengah padang. Ia diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan serta mengagihkan kekayaan dengan pertumbuhan. Kita harus memikirkan kerangka pengisian agenda Melayu ini dalam konteksnya. Kita harus berfikir semula dalam konteks itu.

MINGGUAN: Apakah yang harus kita lakukan?

UNGKU AZIZ: Kita harus menoleh ke belakang melihat sejarah dan latar belakang DEB. Kita harus melihat semula apakah yang telah kita lakukan untuk mencapai dua matlamat itu.
Kepada saya, tidak begitu penting sama ada orang Melayu mencapai pemilikan ekuiti 18 peratus, 30 peratus atau 50 peratus sekali pun. Ini kerana orang Melayu secara umumnya masih lagi masyarakat luar bandar.

Kalau kita hendak mengayakan orang kaya di bandar, baguslah tetapi saya percaya itu bukan masalah sebenar yang kita hadapi. Kalau kita menambahkan peratusan saham orang Melayu, masalah kita tetap tidak selesai juga.

Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah menambahkan pendapatan orang Melayu secara keseluruhan terutamanya masyarakat di desa. Ini sesuatu yang tidak berjaya kita lakukan selama ini.

MINGGUAN: Bagaimana kita boleh menambahkan pendapatan mereka?

UNGKU AZIZ: Kalau kita perhatikan kenyataan-kenyataan pemimpin dalam tempoh setahun yang lalu masalah yang paling besar ialah mengubah sikap orang Melayu. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam akhbar (Khamis lalu) juga menegur sikap pelajar Melayu yang tidak berminat memperbaiki kelemahan diri.

Kita selalu mendengar rungutan dan keluhan tetapi kita masih tidak dapat melihat apakah usaha yang dilakukan untuk mengubah sikap orang Melayu. Kita tidak pernah memikirkan kemungkinan mengubah sikap dan persepsi orang. Kita tidak memahami bagaimana orang Melayu melihat masalah yang mereka hadapi.

Ini bukan soal apa yang saya atau Perdana Menteri fikirkan tetapi apakah yang ada dalam fikiran orang Melayu itu sendiri. Apa sebab misalnya para pelajar Melayu tidak mahu belajar tetapi lebih suka melepak? Apakah sikap mereka kepada pendidikan?

Kita harus mengubah persepsi atau tanggapan orang Melayu yang seterusnya akan menjadikan mereka seperti yang dikatakan oleh Pendeta Za'ba macam orang Cina - kiasu, aktif, gila kaya, belajar bersungguh-sungguh.

Sifat-sifat itu boleh ada pada orang Melayu sekiranya kita dapat membentuk tanggapan baru di kalangan orang Melayu terhadap keadaan dirinya dan persekitarannya. Hendak mencari tanggapan baru itulah yang harus menjadi asasnya dalam usaha kita hendak mengubah orang Melayu.

Kita harus memahami persepsi dan world view mereka sekarang dan kemudian mengubahnya secara sistematik. Kita harus membentuk satu pandangan hidup yang baru di kalangan orang Melayu, untuk melihat dunia yang baru dengan cara yang baru.

MINGGUAN: Apakah orang Melayu belum melihat dunia baru dengan cara baru sekarang?

UNGKU AZIZ: Ada, bukan tidak ada. Akademi Fantasia adalah satu cara baru mereka berfikir. Dulu mereka tidak melompat-lompat, berpeluk-peluk dan menangis seperti sekarang. Mereka berubah cumanya ia tidak memberikan manfaat kepada negara.

Itu sebabnya saya rasa sekarang ini kita kena memikirkan cara yang lebih konkrit, praktikal dan pragmatik untuk mengubah tanggapan orang Melayu daripada cara lama. Saya bukan hendak mengatakan orang Melayu tidak rajin. Soalnya ialah bagaimana kita hendak menjadikan mereka lebih rajin. Apakah perubahan minda dan persepsi yang perlu dibuat?

Kita perlu memberikan fokus kepada pendidikan. Orang barangkali agak terkeliru kerana dari semasa ke semasa ada `ahli silap mata baru yang muncul dengan keajaiban baru' - tidak payah belajar tiga tahun, empat tahun lagi bagus, tidak payah belajar bahasa Inggeris, belajar dua mata pelajaran saja Sains dan Matematik boleh pandai bahasa Inggeris.

Kita kemudian tertanya-tanya kenapa orang Melayu keliru. Mereka keliru kerana tidak ada kaedah yang sistematik untuk mengubah persepsi mereka.

MINGGUAN: Bagaimana hendak mengubah sikap, pandangan hidup dan persepsi itu?

UNGKU AZIZ: Apa yang saya katakan tadi ialah cara berfikir. Kalau kita teliti ucapan para pemimpin, mereka banyak membuat kenyataan normatif - buatlah begitu, buatlah begini. Kenyataan-kenyataan normatif ini tidak memberikan apa-apa makna dalam mengubah perenggu minda. Ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kita harus berbalik kepada pemikiran positif iaitu menangani dunia nyata secara real. Saya rasa kebanyakan orang tidak berani dan tidak berpengalaman membuat kenyataan yang positif.
Orang muda hari ini mencipta dunia fantasi; mereka gembira duduk dalam kepompong fantasi itu. Mereka terbuai dengan segala yang indah tetapi akhirnya jadi malas, hanya hendak berseronok-seronok dan tidak agresif mahukan kejayaan.

Kenapa orang Melayu tidak boleh jadi seperti itu? Kita perlu mengubah orang Melayu daripada tidak kiasu kepada lebih kiasu seperti orang Cina.

MINGGUAN: Apakah orang Melayu tidak boleh jadi seperti orang Cina?

UNGKU AZIZ: Boleh, kenapa tidak boleh? Kelemahan kita ialah kita tidak tahu bagaimana hendak mengubah minda mereka. Saya menghabiskan masa bertahun-tahun memikirkan tentang hal ini. Lagi saya baca buku Pendeta Za'ba, lagi saya yakin bahawa semua ini bergantung kepada persepsi orang Melayu - bagaimana mereka melihat diri sendiri, masyarakat malah Allah.

Orang Melayu ada persepsi bahawa mereka boleh mengupah orang lain berdoa untuk mereka. Pendeta Za'ba mengatakan bahawa persepsi itu salah. Beliau mengatakan bahawa kita sendiri yang harus beramal. Malah beliau dengan tegas dan berani mengatakan juga bahawa Allah tidak akan mendengar. Rasulullah juga tidak suka kepada orang yang tidak berusaha tetapi lebih gemar meminta-minta.

Dalam hendak membetulkan persepsi itu, kita harus kembali kepada Allah dan dari situ kita melihat masalah-masalah yang kita hadapi, baik dalam pendidikan, keusahawanan dan sebagainya.

MINGGUAN: Bolehkah orang Melayu berubah?

UNGKU AZIZ: Boleh, tetapi orang mesti tahu apa yang mereka katakan dan ada pemimpin yang sangat komited untuk mengubah persepsi itu. Kalau kita hendak, kita mesti bersungguh-sungguh melakukannya.

Dalam melaksanakan semangat DEB, kita harus kembali kepada matlamat asalnya iaitu membasmi kemiskinan, bukan dengan meningkatkan peratusan pemilikan saham. Golongan desa sehingga sekarang masih berhadapan dengan masalah kemiskinan yang menyeluruh.

MINGGUAN: Di mana silap kita sedangkan usaha itu sudah bermula sejak tahun 1970-an?

UNGKU AZIZ: Saya melihat ada tiga sebab kenapa usaha membasmi kemiskinan masih tidak berjaya. Pertama, kadar produktiviti orang Melayu secara relatifnya masih lagi rendah. Kalau orang Melayu dan orang Cina sama-sama bekerja selama sejam, produktiviti orang Cina hasilnya tiga hingga sepuluh kali lebih tinggi.

Malah pekerja pendatang asing tanpa izin yang tidak ada apa-apa kemahiran pun mempunyai produktiviti yang lebih tinggi. Mereka boleh dapat antara RM40 hingga RM70 sehari tetapi orang kampung termasuk graduan menganggur payah hendak raih RM400 sebulan. Kita harus bertanya apakah graduan menganggur tidak boleh bina bangunan atau mengecat rumah?

Kedua, orang Melayu terperangkap dalam sistem monopoli dan monopsony iaitu satu penjual dan satu pembeli yang menindas mereka. Sekiranya mereka menjual padi, getah atau ikan di desa kita boleh melihat kewujudan peraih Cina yang mengawal pasaran. Peraih ini tidak ke laut tetapi menunggu nelayan balik di jeti. Mereka menentukan harga, menentukan apa yang akan diperoleh oleh nelayan tadi.

Keadaan dulu dan sekarang tidak banyak berbeza. Biasanya di setiap kampung ada sebuah atau dua buah kedai runcit tempat semua orang membeli barang, dan boleh berhutang. Apabila hutang tidak boleh dibayar orang kampung menggadaikan tanah sehingga akhirnya menjadi milik orang lain.

Keadaan ini mewujudkan persekitaran yang menindas. Dalam persekitaran yang seperti ini orang Melayu yang bekerja keras pun akan berasa susah hendak naik kerana sistem itu akan sentiasa menindas mereka.

Saya fikir kerajaan lebih peka tentang keadaan ini, dan berusaha untuk mengatasinya. Ia memperkenalkan pasar tani, misalnya. Tetapi kalau kita lihat di pasar tani sekarang ini pun orang Melayu hanya menghantar hasil jualan saja. Itu sebabnya saya katakan ini adalah satu sistem sosioekonomi yang mengekalkan golongan desa di bawah penindasan yang tidak ketara.

MINGGUAN: Apakah penindasan itu disengajakan?

UNGKU AZIZ: Orang Cina bukannya isytihar ``kami mahu menindas orang Melayu'', tidak. Mereka sebenarnya melihat peluang yang orang Melayu tidak nampak. Mereka buat tanpa niat mahu merosakkan orang lain.

Orang Cina ada sikap kiasu, mahu sentiasa menang, tetapi bukannya hendak memusnahkan orang lain. Kalau orang Melayu mahu menandingi mereka, kita harus ada sikap kiasu.
Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan orang Cina. Kita harus salahkan orang Melayu. Kita mesti berbalik semula kepada apa yang ditekankan oleh Pendeta Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.

MINGGUAN: Tetapi bukankah kerajaan juga ada pelbagai program untuk mengatasi masalah-masalah ini?

UNGKU AZIZ: Inilah perkara ketiga yang saya lihat mewujudkan kemiskinan yang berterusan di kalangan masyarakat desa iaitu fenomena terbiar. Kalau kita melihat sesetengah program kerajaan dalam bidang pertanian, perikanan, industri kecil dan sebagainya ia hangat-hangat tahi ayam. Upacara pembukaannya meriah tetapi selepas itu orang hilang minat dan memperkenalkan program baru.

Apa sudah jadi kepada program satu wilayah satu produk (sawari) yang dilancarkan beberapa tahun lalu, misalnya? Ia baik dari segi teorinya tetapi tidak berjalan. Kita sebenarnya suka sangat kepada idea baru tetapi selepas satu tempoh kita jadi hangat-hangat tahi ayam.

Ini psikologi yang ada di kalangan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat. Masalah berterusan kerana kegagalan pihak berkuasa iaitu birokrat. Ini satu lagi perenggu minda yang perlu kita ubah.

MINGGUAN: Pak Ungku juga membangkitkan tentang perlunya dasar pendidikan dikaji semula. Kenapa?

UNGKU AZIZ: Ini mungkin satu isu yang paling tengkarah (kontroversial). Dasar yang ada sekarang tebuk-tebuk, ibarat tikus membaiki labu. Sebelum ini tempoh pengajian di universiti empat tahun kemudian ditukar kepada tiga tahun dan sekarang hendak diubah semula kepada empat tahun. Saya tidak tahu apa justifikasinya. Apakah perubahan itu akan menambahkan kemahiran para pelajar kita?

Saya melihat tidak ada debat yang menyeluruh sebelum sesuatu perubahan dibuat. Saya tidak nampak komentar terhadap cadangan itu sebaliknya apabila diputuskan tukar, semua orang menurut tanpa banyak soal. Malah ada juga kecenderungan supaya sesetengah perkara tidak dibincangkan.

Tentang dasar bahasa begitu juga. Orang Melayu mesti pandai bahasa Melayu, bukannya bahasa rojak. Kalau orang bahasanya rojak, pemikirannya juga rojak. Kita juga harus mengajar bahasa Melayu secara sistematik, macam di Indonesia. Dari segi perpaduan, saya tertanya bilakah warganegara Malaysia harus bermula dan seterusnya fasih dalam satu bahasa yang boleh difahami oleh seluruh rakyat?

Kita juga harus menguasai bahasa Inggeris demi pembangunan ekonomi masa depan. Kita harus ajar para pelajar dari awal, dan bukannya tiba-tiba menukar arah dengan menyuruh mereka belajar Sains dan Matematik. Kita perkenalkan pengajian bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik seolah-olahnya bahasa boleh dipelajari melalui dua mata pelajaran itu. Kalau hendak belajar bahasa Inggeris, belajar bahasa Inggeris - nahu, ayat dan stailnya.

Inilah yang saya katakan tebuk-tebuk itu tadi. Pada akhirnya hamba Allah budak Melayu tadi hilang minat untuk belajar kerana tidak menguasai bahasa dan kerana kita tidak mengajar mereka cara untuk belajar. Sudahlah bahasa Melayu tidak begitu faham dan kemudian disuruh belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Pengkajian semula ini mungkin mengambil masa tetapi kita mesti berani melakukannya. Ia mungkin boleh ditugaskan kepada sekumpulan pakar yang harus menyiapkannya dalam masa setahun. Mereka harus melihat dari peringkat tadika sehingga ke ijazah kedoktoran. Sekarang ini kita seperti tikus membaiki labu.

MINGGUAN: Bagaimanakah Pak Ungku melihat sikap orang Melayu kepada pendidikan?

UNGKU AZIZ: Anak muda Melayu harus ada dalam diri mereka rasa cinta kepada ilmu pengetahuan. Hidup ini muda hanya sekali dan ia harus. Tetapi itu tidak bermakna apabila sudah dewasa dan tua mereka harus dipenuhi dengan hal-hal yang berfaedah untuk bekalan masa depan.

Jangan berhenti belajar
. Kita harus ada ada rasa cinta kepada ilmu sepanjang hayat. Belajar, belajar dan terus belajar. Apa salahnya dengan pembelajaran sepanjang hayat?

Itu kepada saya lebih penting daripada menonton segala sampah yang ada di televisyen. Kalau hendak menonton televisyen setengah jam sehari tidak mengapa tetapi masa selebihnya harus digunakan untuk menambah ilmu.

Kita harus ada sikap cintakan ilmu sama seperti orang Cina dan Jepun. Mereka ada, orang Melayu tidak ada. Itu masalahnya. Kita harus mengubah tanggapan mereka sehingga ada minat dan kesungguhan gila hendak belajar.

MINGGUAN: Apakah lagi yang perlu diubah tentang orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Kesihatan sama pentingnya dengan pelajaran. Kita sekarang tidak memberikan makanan yang berzat dan seimbang kepada anak-anak. Pemakanan yang baik itu bukan saja akan mempengaruhi saiz badan tetapi lebih penting pembinaan otak.

Saya sudah suarakan hal ini berkali-kali, tentang pentingnya kita mengadakan makanan tengah hari yang seimbang di sekolah. United Kingdom ada program seumpama itu. Malah sekolah-sekolah Cina di negara ini pun ada program yang sama.

Apakah kita tidak boleh adakan program seperti itu? Apakah kita terlalu miskin? Lihatlah bangunan-bangunan yang kita bina. Kita bukan miskin tetapi kita akan jadi miskin sekiranya tidak berjaga-jaga.

Kita boleh lakukan program ini kerana ia bukannya mahal. Apa yang penting ialah pengurusan yang baik.

MINGGUAN: Secara khususnya, apakah perangai orang Melayu yang harus diubah kalau kita mahu menjayakan agenda pembangunan bangsa ini?

UNGKU AZIZ: Orang Melayu harus ada semangat berusaha. Kita harus mengubah orang Melayu menjadi rajin sama seperti orang Jepun dan Cina. Kita harus menyelesaikan masalah usahawan Melayu yang tidak begitu rajin dan tekun supaya mereka boleh berjaya dalam persaingan.

Peniaga Melayu juga kurang perkasa dan berani menanggung risiko. Ini masalah orang Melayu yang sangat besar. Orang Melayu harus ada sikap berani menanggung risiko. Mereka bukan takut sebenarnya tetapi tidak bersedia.

Tetapi bak kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Mesti berani. Lihat saja peniaga Cina yang berani naik dan turun. Saya percaya dalam setiap seorang peniaga Cina yang berjaya ada berpuluh-puluh lagi yang tidak. Tetapi mereka tidak henti-henti berusaha.

MINGGUAN: Dalam ucapan di UM itu, Pak Ungku turut membangkitkan soal rasuah.

UNGKU AZIZ: Ini satu lagi persepsi orang Melayu yang harus diubah. Orang Melayu kalau makan rasuah dia rasa tidak berdosa. Orang Melayu mesti ada rasa berdosa. Akibatnya rasuah menjadi lumrah dan merebak seperti barah sehinggakan orang tidak sedar mereka melakukan rasuah.

Kita harus mula menekankan kepada orang Melayu bahawa rasuah itu satu dosa. Tidak kiralah dosa kecil atau besar, pokoknya ia satu dosa. Rasuah, kecil atau besar, berdosa.

MINGGUAN: Apakah jalan keselamatan yang ada bagi orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Kalau pemimpin berjaya memulakan trend perubahan tanggapan atau perenggu minda, saya yakin ia akan meningkat dan berkembang dengan menyeluruh. Ini sama macam hendak naik basikal; mula-mula payah sedikit tetapi kemudian ia lajak sendiri dan laju.

MINGGUAN: Tetapi kita selalu dengar tentang keluhan termasuk di kalangan pemimpin tentang sukarnya menukar sikap orang Melayu.

UNGKU AZIZ: Kalau kita terus mengatakan susah, ia akan jadi susah. Ini bergantung kepada persepsi kita sendiri. Kalau kita yakin boleh berjaya, kita boleh berjaya.

MINGGUAN: Senang atau susah sebenarnya menukar sikap orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Kita tidak pernah berbincang tentang usaha mengubah sikap orang Melayu. Apa yang selalu kita dengar ialah kesukaran hendak mengubahnya. Kalau kita selalu penuh dengan negatif, ia akan jadi negatif.

Kalau sebahagian besar pemimpin Melayu bersetuju bahawa perlu ada perubahan dan jelas tentang perubahan yang harus dilakukan, tidak susah melakukannya.

Apa yang penting mereka juga harus bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang pasti berbangkit sepanjang usaha itu. Cabaran-cabaran itu maksud saya ialah keengganan orang untuk menerima perubahan.

MINGGUAN: Dalam fikiran orang Melayu sekarang tertanam tanggapan orang lain kononnya lebih baik. Sesetengah mereka mungkin ada rasa rendah diri.

UNGKU AZIZ: Saya setuju. Perasaan rendah diri itu sudah menyerap sebati dalam diri mereka. Apa yang harus kita lakukan sekarang ialah mengubah tanggapan mereka tentang kemampuan diri sendiri.

Kita bukannya hendak orang Melayu memiliki superiority complex atau keyakinan yang berlebihan sehingga memperkecil-kecilkan orang lain. Kita hanya perlu meningkatkan keyakinan diri orang Melayu. Kita harus ingat pesan Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.

MINGGUAN: Kenapa orang Melayu tidak kiasu?

UNGKU AZIZ: Itulah yang telah disuarakan oleh Za'ba. Beliau telah melihat keadaan ini sejak tahun 1920-an lagi. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang mengupas tentang keadaan ekonomi orang Melayu. Pemikir-pemikir Melayu lain ketika itu menuduh orang Melayu malas tetapi Za'ba menunjukkan kerana kemiskinanlah orang Melayu jadi begitu.

Itu sebabnya kita harus memberikan orang Melayu peluang kerana pada asasnya mereka handicap, padang permainannya tidak rata. Ini demi keadilan.

MINGGUAN: Itulah persoalan yang dibangkitkan bukan saja oleh orang bukan Melayu malah sesetengah orang Melayu. Mereka merasakan semangat DEB itu tidak adil malah menjejaskan maruah orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu. Dalam masalah kesihatan misalnya, kalau fizikal tidak kuat dan mental tidak peka kerana tidak mendapat pemakanan yang berzat dan seimbang akibat kemiskinan, bagaimana orang Melayu hendak berjaya?

Itu sebabnya kita memerlukan affirmative action ini, jika tidak akhirnya orang Melayu akan mengalah. Saya melihat adalah sesuatu yang sangat mustahak untuk kita ada dasar ini demi survival orang Melayu.

MINGGUAN: Ada orang merasakan lagi dibantu, lagi orang Melayu akan lebih bergantung dan malas.

UNGKU AZIZ: Sindrom subsidi? Kita mesti membezakan antara sindrom subsidi dengan affirmative action. Subsidi seperti cek kosong yang diberi percuma adalah sesuatu yang bodoh sebaliknya tanpa affirmative action orang Melayu tidak akan dapat naik.

Ini kerana orang Melayu sudah terkebelakang sejak beratus-ratus tahun dulu. Apabila datang penjajah dan orang Cina handicap orang Melayu bertambah. Sekiranya orang Melayu tidak dibantu mereka akan hilang keyakinan dan tidak percayakan diri sendiri. Dalam minda mereka akan sentiasa merasakan tempat mereka hanya di bawah daripada orang lain.

MINGGUAN: Kita menerima ini sebagai isu nasional. Adakah keterlaluan kita mengharapkan orang bukan Melayu sama-sama menggerakkan agenda ini?

UNGKU AZIZ: Ini memang isu nasional tetapi kepada saya, hanya orang Melayu saja yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain melakukannya untuk kita. Ini terpulang kepada orang Melayu sendiri.

MINGGUAN: Apa akan jadi sekiranya masalah-masalah ini tidak dapat ditangani dan persepsi orang Melayu tidak dapat diubah dalam masa lima tahun akan datang?

UNGKU AZIZ: Kalau tidak berubah akhirnya orang Melayu akan tertimbus oleh kuasa lain, dalam kes ini orang Cina yang akan menelan segala-galanya. Apa yang saya suarakan ini adalah masalah-masalah utama orang Melayu. Kalau kita dapat selesaikan masalah ini, saya percaya kita boleh melihat kesan perubahan yang cukup besar di kalangan orang Melayu.

MINGGUAN: Apakah kekuatan yang ada untuk kita melakukan perubahan ini?

UNGKU AZIZ: Alhamdulillah, penyelenggaraan kewangan negara sekarang tegap, tetap dan teguh. Ini memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat. Saya tidak hendak memberikan gambaran bahawa semuanya tidak kena dengan orang Melayu, tidak semuanya negatif. Kedudukan ekonomi negara adalah sesuatu yang positif.

Kalau dibandingkan dengan keadaan serantau dan dunia, keadaan ekonomi negara ini agak stabil. Tetapi dalam pada itu kita harus juga berhati-hati dengan cabaran dan persaingan serta keadaan ekonomi kuasa-kuasa besar. Kita harus selalu ingat di mana "gajah menari, di situ kancil harus berhati-hati".

Sumber: Mingguan Malaysia

Sunday, September 04, 2005

Comments Pertaining To China Decision To Deploy Petronas EO1 Engine

Wow, have you just read the news about the Nanjing Automobile Corporation (NAC) to use our own developed Petronas EO1 Malaysian engine? Lastly, the commercialization of our own developed engine seem to be realized soon.

But sadly though, the foreigner carmaker seems to be far more interested and trusted to recognize our own automobile technology instead.

I've heard this particular engine technology has been licensed to Hyundai, but to no affirmation though.

Some other rumours spread out saying that Petronas did several times talked to Rover to sell the technology design provided that they cover the R&D cost Petronas used to spent to develop it.

Technical Specifications

Valve mechanism: Continuous Control VVT
(Variable Valve Timing)
Camshaft: Double OverHead
Camshaft (DOHC)
Displacement: 2 litres
Induction: Natural Aspirated
Cylinders: 4, In-line
Valves per cylinder: 4
Block: Aluminum
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
Power Output per litre: 100 PS/litre
Volumetric Efficiency: 107.8%
Emission Standards: EURO 2

China guna enjin Petronas EO1 untuk kereta keluarannya

BEIJING 2 Sept. - Keupayaan Petronas menarik perhatian syarikat pengeluar kereta di China untuk menggunakan teknologi enjin Petronas E01 adalah satu kejayaan unik dan membanggakan bagi syarikat petroleum nasional dan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu beliau yakin teknologi berkenaan terus mendapat sambutan kerana selama ini kebanyakan syarikat-syarikat Malaysia melabur di luar negara dalam bentuk kewangan sebaliknya Petronas berupaya mengkomersialkan teknologi.

"Petronas berusaha selama satu setengah tahun untuk tujuan ini, hasilnya sungguh membanggakan. Saya yakin kereta yang menggunakan teknologi enjin Petronas akan dapat sambutan selepas dipasarkan,'' katanya kepada para pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Surat Pernyataan Hasrat (LOI) dengan dua syarikat China, Nanjing Automobile Corporation (NAC) dan Brilliant Culture Group (BCG) untuk penggunaan Petronas E01 bagi kereta keluaran NAC.

Menurut Najib, perbincangan lanjut mengenai usaha sama itu masih dijalankan oleh tiga syarikat berkenaan dan beliau yakin pengeluaran kereta menggunakan teknologi Petronas oleh NAC akan menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata perbincangan mengenai perkara itu dijangka selesai antara tiga hingga empat bulan ini.

Katanya, usaha sama itu tidak melibatkan sebarang perbelanjaan sebaliknya syarikat petroleum negara hanya melesenkan teknologi Petronas E01 kepada NAC untuk kereta penumpang keluaran syarikat berkenaan.

"Inilah kerjasama pertama Petronas dengan syarikat asing dalam aspek ini dan kilang pengeluaran kereta NAC berpangkalan di Nanjing,'' ujar beliau lagi.

Kepada satu soalan kenapa teknologi yang sama tidak digunakan pada enjin kereta keluaran tempatan sebaliknya menarik minat pengeluar di China, Mohd. Hassan berkata, pihak asing mungkin lebih menyedari kelebihan enjin tersebut.

NAC syarikat milik kerajaan China yang beribu pejabat di bandar raya Nanjing merupakan salah sebuah syarikat automotif yang penting di negara ini dengan mempunyai lebih 30 anak syarikat dan 400 syarikat bersekutu.

BCG pula merupakan sebuah firma perunding yang mempunyai kepakaran dalam perancangan strategik, pemasaran dan hubungan dengan kerajaan dan berpangkalan di Beijing selain mempunyai cawangan di Shanghai dan Hong Kong.

Petronas yang beroperasi di lebih 30 negara, mula memasuki China pada 1991 dalam sektor minyak dan gas sebelum memperluaskan kegiatannya dalam pemasaran minyak pelincir melalui Petronas Marketing (China) Co Ltd berpangkalan di Shenzen.

Pada majlis menandatangani LOI, Petronas diwakili oleh Mohd. Hassan, manakala Naib Presiden NAC, Lu Zhenxin dan Pengarah Urusan BCG, Maggie Ip mewakili syarikat masing-masing.

Perjanjian itu akan membolehkan tiga syarikat tersebut terus meneroka keupayaan teknologi enjin Petronas E01 bagi pengeluaran kelompok enjin 1.8 dan 2.2 liter untuk disesuaikan dengan kereta keluaran NAC.

Petronas E01 lahir pada tahun 1998 selepas tiga tahun penyertaan syarikat minyak itu dalam siri perlumbaan Formula 1 dan dipasang pada kereta rasmi Petronas Malaysian Formula 1 Grand Prix pada 1999. - Extracted From Utusan Malaysia Sept 04, 2005

Friday, September 02, 2005

Readers Digest (Versi Melayu)

Adakah anda tahu?
  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
  2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
  3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
  5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.
  9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
  10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
  11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
  13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
  14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.
  15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
  19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
  20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
  21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
  22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
  23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
  24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
  26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
  27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri. He!! He!! He!!

Thursday, September 01, 2005

Merdeka Day Parade Celebration At Kuala Terengganu

August 31, 2005 might be one of the memorable day in my life history ever recorded into my brain cells.

As one of the representative for the corporate company (well-renowned state own company group) participating in the Merdeka Day Parade Celebration which has been held at Kuala Terengganu where the parade take-off from the Sultan Nashiruddin Shah Stadium and ended at Astaka Awam Pantai Batu Buruk.

The event started early in the morning at 7.oo a
m with the Opening Speech by our own Menteri Besar of Terengganu, Datuk Seri Hj. Idris Jusoh and eventually with 3 times shouting of "Merdeka!!". Our team which consist of 40 members were eager & anxious waiting for our turn to take-off and being number 104th group out of 159 teams means an hour standing "standstill" in the stadium field.

While waiting for our turn to parade out of the stadium, I looked at another teams who were in full set of uniform / complete attire as compared to our team only wearing t-shirt yellow in color bearing our company logo that seems barely to been seen and noticed, a golf cap bearing one of the subsidiary group logo, a dark blue pants slack (mostly borrowed from the Auxilliary Police, even one of the members was wearing black jeans instead!) and the most funny and out of the blue would be definitely the white hand gloves! What the heck!!

Our team as seing from an another camera perspective.
* The identity of our group company cannot be revealed

However, as we were all already there...just do what we have to do even it was such a an embarassing moment of the day with an adequate marching practise and training...it seems very awkward to match other teams even for the schools team representative!!

We marched out at almost 8.00 am from the stadium to Pantai Batu Burok along the Jalan Sultan Omar to Jalan Kamaruddin. It was almost 3.5km in journey with an enourmous spectators along the way. So many crowds attending to watch the parade. This was an another blushing moment for us as people were watching with an openned-mouth or "jaw-dropping" as likely they were looking to a bunch of clowns escaped from the circus!

I even heard voices from unidentified sources from the crowds whispering, "Ni hok syarikat mende pulok pakai gining nih...hok bajet kecik kali doh gamoknya.." Huh! Well, I just ignored them...just marched foward as nothing bothering me.

A crowds witnessed the parade at Pantai Batu Burok

While at the Sultan Omar roundabout, one of the RELA member guy just fainted and collapsed..luckily the paramedic team (Civil Defense Department) was there during that moment and he had being sent to Hospital Besar Kuala Terengganu which he eventually died...as the news circulated he died due to heart attacked.

Besides marching in disorderly fashion (our team only has been allocated for practise only 4 days with 2 hours per day insteads of 2 months as compared to other teams), our team leader had given us a very confusing command which barely to be heard at the back...and that lead our teams responded just exactly like a bunch of untrainned "clowns" . Some of us just randomly stopped and scracthing their heads like they were having that "parasites" sucking their bloods nerves on the head...

Our Menteri Besar of Terengganu looks "clueless"...

The most embarrassing momment would be definetly during passing the main stage where the Sultan Mizan of Terengganu together with the Menteri Besar and others EXCOs (even the our own group company non-executive chairman was there and as one of the EXCOs member) and State Assemblymen watching us helplessly and clueless. By marching passing them without giving any proper respect gesture as practised earlier, we just marching foward in clumsiness...

The Sultan Mizan was inspecting the Royal Malaysian Army Force.

Our teams successfully completed the parade by 10.00 am with 90% disaster comparable to Hurricane Katrina devastated the area in New Orleans, Louisiana recently. Just one died despite of it and a few fainted and collapsed as the heat arisen.

Petronas squad won as the best non-uniform (corporate) contigent.

* Our company group non-executive chairman has made a comment to our team advisor pertaining his unpleasant / dissatisfaction over our showmanship. Perhaps after he findout the root causes why we had'nt enough preparation and the budget allocation might justify the consequences. Just hopefully the next parade in next year would be much better and sweet memorable not just for the group but the participants as well with full of pride.

**This was the first time parade ever we have taking part so far.