Majlis Akad Nikah Norulazwan & Ruhayati
Majlis Akad Nikah Norulazwan Di Felda Neram , Kemaman, Terengganu.Pada malam Jumaat, 06 Mei 2006 maka berlangsunglah majlis akad nikah sahabat kita Norulazwan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga serta sahabatnya yang "terdekat" (aku ngan Izzu la malam tu..) bertempat di Masjid Felda Neram Satu selepas Isyak. Malam tu aku ngan Izzu jadi jurugambar tidak bertauliah sebab kekurangan krew.
"Ni gambar bakal pengantin lelaki sebelum majlis akad nikah...masih dub dab dub dab..tapi tetap cool"
"Bakal pengantin sempat memberikan pose sambil menunggu Tok Kadi menemuramah bakal pengantin perempuan."

" Giliran Tok Kadi menemuramah bakal pengantin lelaki..speaking beb"

"Sila lafaz selepas saya lafazkan akad...Aku nikahkan dikau Norulazawan.."

" Selesai sudah...sah jadi suami & isteri"

