'NEGARAKU' KESILAPAN SILAM
Oleh
Ku Seman Ku Hussein
Sampai bila kita mahu menutup mulut orang daripada bercakap mengenai lagu Negaraku? Hari ini mungkin kita berjaya menghalang orang bercakap mengenai Negaraku yang disadurkan daripada lagu Mamula Moon. Tetapi adakah selama-lamanya kita mampu memaksa generasi selepas ini jangan persoalkan jati diri lagu Negaraku? Satu masalah besar yang menyelubungi kontroversi Negaraku adalah ditangani dengan emosi.
Kontroversi mungkin akan senyap tetapi masalah jati diri Negaraku tetap menyelubungi daripada generasi ke generasi selepas ini. Pendekatan beberapa pihak menangani isu Negaraku tidak menjurus kepada soal terasnya - Negaraku lagu saduran.
Kalau sudah saduran tentulah tercalit arang di muka kita semua. Ini seolah-olah tidak ada pencipta yang mampu mencipta lagu kebangsaan negara ini. Jangan terlalu emosi dan hendak tunjuk patriotik melulu hingga isu sekecil lagu Negaraku tidak boleh diselesaikan secara cerdik dan matang.
Tetapi beberapa pihak kelihatan sangat beremosi hingga menjadi tidak wa ras apabila berhujah tentang lagu Negaraku. Maka isu ini akan terus berpanjangan kerana sesetengah yang bercakap berdegar-degar itu tidak bertanggungjawab di atas hujahnya. Adakah suatu yang mustahil lagu kebangsaan ditukarkan kepada lagu lain? Sebenarnya tidak mustahil kalau kita benar-benar patriotik dan tidak terus dimalukan meminjam lagu asing sebagai lagu kebangsaan kita.
Kita mempunyai sekian banyak lagu patriotik yang boleh diangkat tarafnya sebagai lagu kebangsaan. Misalnya mengangkat sebuah lagu ciptaan Allahyarham Johar Bahar menggantikan Negaraku. Atas alasan apa yang membuatkan kita perlu mempertahankan lagu asing sebagai lagu kebangsan negara ini?
Lagu kebangsaan Singapura dicipta orang tempatan, Allahyarham Zubir Said. Judulnya Majulah Singapura dalam bahasa Melayu; bukan Mandarin atau Inggeris.
Anggaplah lagu Negaraku satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh generasi terdahulu. Mereka tersilap memilih lagu asing sebagai lagu kebangsaan kita. Kesilapan bukan tidak boleh dibetulkan.
Menutup mulut generasi hari ini daripada mempersoal lagu kebangsaan mereka bukan cara membetulkan kesilapan ini. Lagu kebangsaan adalah milik semua. Maka siapa saja berhak memberi pandangan. Sebenarnya tidak timbul langsung soal mempersenda lagu kebangsaan kalau ditelaah dengan minda yang jernih dan terbuka.
Cukuplah selama ini kita melangsungkan suatu yang silap. Alangkah baiknya kalau memulakan langkah baru memberi martabat kepada lagu ciptaan tempatan. Salahkah berhenti daripada terus membuat silap?
Nota: Penulis wartawan kanan Utusan Malaysia.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home