Wednesday, May 24, 2006

Al-Kisah 3 Pontianak

Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.

Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.

Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...


MORAL OF THE STORY: Jangan suka merayau malam..!!

Saturday, May 06, 2006

Kenduri Majlis Perkahwinan Norulazwan & Ruhayati: Bah. 2

Kenduri Majlis Perkahwinan Norulazwan & Ruhayati - Jadi Pengapit

Foto-foto ini hanyalah pelengkap keseluruhan majlis tersebut.

"Rombongan pengantin lelaki yang di apit oleh budak hensem mana ntah..Pengapit perempuan tu kembar si pengantin perempuan"




Majlis Akad Nikah Norulazwan & Ruhayati

Majlis Akad Nikah Norulazwan Di Felda Neram , Kemaman, Terengganu.


Pada malam Jumaat, 06 Mei 2006 maka berlangsunglah majlis akad nikah sahabat kita Norulazwan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga serta sahabatnya yang "terdekat" (aku ngan Izzu la malam tu..) bertempat di Masjid Felda Neram Satu selepas Isyak. Malam tu aku ngan Izzu jadi jurugambar tidak bertauliah sebab kekurangan krew.



"Ni gambar bakal pengantin lelaki sebelum majlis akad nikah...masih dub dab dub dab..tapi tetap cool"





















"Bakal pengantin sempat
memberikan pose sambil menunggu Tok Kadi menemuramah bakal pengantin perempuan."





" Giliran Tok Kadi menemuramah bakal pengantin lelaki..speaking beb"















"Sila lafaz selepas saya lafazkan akad...Aku nikahkan dikau Norulazawan.."















" Selesai sudah...sah jadi suami & isteri"















"Bergambar kenangan dengan Pengantin Malam Pertama"